Selamat Pagi Semua.. Pagi ker?

Saturday, 4 July 2009, 10:41 | Category : about ME
Tags :

Walaupun dah agak lewat pagi,  tak per lah tetap jugak nak ucapkan selamt pagi CINTA.  Eh tu nama filem (lokasinya di UPM :P )  Bangun dah pagi tapi biasalah suri rumah tangga separuh masa punya kerja.  Esok dah tak jadi suri dah,  esok dah jadi perantau lepas tu lusa jadi pelajar.  Status berubah-ubah gitu.

DSCN5474

Oh rindu suasana di UPM.  Bersesak-sesak naik bus,  tapi kadang-kadang bus macam aku yang punya.  Mungkin sebab masa tu tak ramai yang ada kelas.  RIndu nak abiskan duit rm5 ke atas semata-mata untuk nasi dan lauk-lauk simple kekke.  Perli terbaik.  Rindu nak naik tangga sampai tingkat paling atas kat kolej,  ceh penat tak yah citer.  Macam-macam yang rindui di sana.  Dan macam biasa,  manusia mana ada pernah puas.  Bila dah sampai di UPM,  aku akan buat entry rindu kampung pulak.  RIndu mama, rindu Abah, rindu bilik,  & sewaktu dengannya.  Hidup ni kan memang indah.  Sabar-sabar setahun jer lagi.

Yati(687)-002

Menikmati Hari terakhir di rumah.  :(

nak senyum jer

Friday, 3 July 2009, 22:30 | Category : CinTa
Tags :

Yati(918)

Rilex2 … yati tak terbang kat mana-mana pun lagi.  Hari Ahad ni baru mula berhijrah semula..  Sedih tapi tak sabar nak mulakan semester baru.  Apalah hidup tanpa pelajaran.  :D   Semangat kena kuat.  Petang tadi gi ambik angin ( angin pun leh masuk beg yati gitaw semua ).  Sambung balik ayat tergantung tadi.  Gi makan angin (makan pulak).. tak kisahlah apa pun.  Yati gi bersiar-siar menikmati waktu petang kat *teka lah sendiri berdasarkan gambar di atas*

klasik

Cerita pasal petang yang ceria ni kejab erk.  Beratur kat luar bilik darjah jap.  Nak tanya pendapat kawan2 sekalian pasal background blog ni?  Silalah utarakan pendapat.  :D   Cewah iklan di situ.  Penah ohh buat.  BUdak baru belajar camni lah.

:D

Petang tadi meluangkan masa bersama sebelum menuju kembali ke destinasi yeah yeah..  aku menunggumu.. aku takkan jemu.. kerna cinta itu termanis bagiku. < Siapa yang pasang lagu ct nih?  >Sebelum berjauhan kenalah jumpa kejab.  Gedik jer, padahal selalu jer msg bertelefon ber3G.  Kami jarang berdating,  2-3 bulan cuti pun jumpa 1-2 jer hehe.  Perpisahan tak menjarakkan.  Betul tak?  Eh tetiba.

page

Yeap,  dia masih yang sama.  Masalah yang timbul adalah salah faham yang telah dileraikan.  TIada insan sempurna.

1 Ogos 2009 ni insyaAllah genaplah 2 tahun.

JJCI

Thursday, 2 July 2009, 16:00 | Category : ilmiah, info
Tags :

Tajuk dah jadi semakin abstrak nampaknya kekkee.  Mood belajar dah datang,  jadi tajuk pun nak suruh orang fikir.  Apa itu JJCI?  Sejenis nama saintifik kah?  Sudah pastinya tak , bukan,  tidak benar, salah,  dan tidak tepat.  JALAN-Jalan Cari Ilmu.   Hari ni merajinkan diri menjejakkan kaki ke Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.

peta ke DBP KB2

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur,
Lot 107-109, Jalan Kadir Adabi,
15200 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

No Telefon:  09-7414900- 17 (17 Talian )

Pusat Dokumentasi Melayu  Tengku Anis (KB):  09-7414914

(more…)